Saturday, 15 December 2012

Tips Mengelak Kena Rogol

Di zaman yang moden sekarang, ramai orang menggunakan perkhidmatan KTM / LRT di kotaraya yang sentiasa sesak. Keadaan ini kadang-kadang memaksa sesetengah wanita pulang lewat ke rumah dengan menaiki KTM / LRT kerana terpaksa menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat. Bagi wanita yang pulang lewat berseorangan, anda mungkin akan menjadi sasaran perogol yang sentiasa menantikan mangsanya di lokasi yang gelap dan sunyi. Untuk mengelakkan anda dirogol, anda hendaklah sentiasa memakai period pad. Apabila perogol ingin melepaskan nafsu sarakah mereka dengan merogol anda, dia akan terhenti apabila melihat anda memakai pad dan secara automatik dia akan berkata didalam hati "Alamak, period pulak budak ni". Maka, anda dah terselamat :)

Friday, 14 December 2012

Lampu Isyarat Warna Kuning Berkelip-kelip

Mesti ramai orang pernah memandu dan apabila tiba di lampu isyarat anda mendapati bahawa lampunya berkelip-kelip warna kuning. Ramai akan mengatakan "Alamak, lampu isyarat rosak pulak". Tahukah anda lampu isyarat berkelip-kelip warna kuning sama sekali tidak bermaksud rosak tapi bermaksud "BERI LALUAN". Lampu isyarat yang rosak adalah lampu isyarat yang langsung tidak menyala. Jadi bila jumpa lampu isyarat menyala kuning berkelip-kelip ni, perlahankan kenderaan anda, beri laluan dan janganlah pentingkan diri sendiri. Bila nampak pemandu lain cuba untuk masuk ke simpang, anda janganlah menekan minyak dan lajukan kenderaan kerana sikap ini boleh mendatangkan kemalangan. Semoga dengan sedikit info ini akan mendatangkan manfaat kepada anda semua (^^,)