Friday, 14 December 2012

Lampu Isyarat Warna Kuning Berkelip-kelip

Mesti ramai orang pernah memandu dan apabila tiba di lampu isyarat anda mendapati bahawa lampunya berkelip-kelip warna kuning. Ramai akan mengatakan "Alamak, lampu isyarat rosak pulak". Tahukah anda lampu isyarat berkelip-kelip warna kuning sama sekali tidak bermaksud rosak tapi bermaksud "BERI LALUAN". Lampu isyarat yang rosak adalah lampu isyarat yang langsung tidak menyala. Jadi bila jumpa lampu isyarat menyala kuning berkelip-kelip ni, perlahankan kenderaan anda, beri laluan dan janganlah pentingkan diri sendiri. Bila nampak pemandu lain cuba untuk masuk ke simpang, anda janganlah menekan minyak dan lajukan kenderaan kerana sikap ini boleh mendatangkan kemalangan. Semoga dengan sedikit info ini akan mendatangkan manfaat kepada anda semua (^^,)

No comments:

Post a Comment